Wednesday, March 9, 2011

Universiti of Malaya - UM




Universiti Malaya, atau UM, universiti tertua di Malaysia, terletak di sebuah
 kampus yang berkeluasan 750 ekar (309 hektar) di selatan barat 
Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mula ditubuhkan pada April 1949 
di Singapura berikutan penggabungan Kolej Perubatan King Edward VII 
(ditubuhkan pada 1905) dengan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1928).

Universiti Malaya mendapat namanya dari istilah 'Malaya' yang kemudiannya 

menjadi nama negara. Suruhanjaya Carr-Saunders, yang mengesyorkan 
penubuhan universiti ini, dalam laporannya pada 1948 mengatakan: 
"Universiti Malaya buat pertama kalinya akan menyediakan sebuah 
pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bercampur 
gaul dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat. Bagi Universiti Malaya, 
inilah dia sebuah universiti untuk Malaya."

Pembangunan Universiti yang sangat pesat pada abad pertama 

penubuhannya menyebabkan pelaksanaan pembahagian dua Divisyen 
berautonomi pada 1959, satu terletak di Singapura dan satu lagi di 
Kuala Lumpur. Dalam tahun 1960, kerajaan bagi kedua-dua kawasan 
menyatakan keinginan untuk mengubah status Divisyen kepada 
universiti nasional. Permohonan ini diluluskan pada 1961 dan t
ertubuhlah Universiti Malaya pada 1 Januari 1962.

Pada 16 Jun 1962, Universiti Malaya meraikan perlantikan Canselornya 

yang pertama iaitu Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang 
juga Perdana Menteri negara yang pertama. Naib Canselor UM yang 
pertama adalah Profesor Oppenheim, Ahli Matematik terkenal dunia.

Kini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf 
Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah merupakan Canselor Universiti Malaya.

YBhg. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon pula telah dilantik sebagai 

Naib Canselor Universiti Malaya yang kesepuluh pada 8 November 2008.



List of Faculties
Faculty of Arts and Social Sciences
Faculty of Business and Accountancy
Faculty of Computer Science & Information Technology
Faculty of Dentistry
Faculty of Economics & Administration
Faculty of Education
Faculty of Engineering
Faculty of Languages and Linguistics
Faculty of Law
Faculty of Medicine
Faculty of Science
Faculty of the Built Environment

log on to:http://www.um.edu.my/ for more information,
good luck from:http://jms-colleges.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment