Wednesday, March 9, 2011

Universiti Teknologi MARA


Cara Memohon

Diploma/Sarjana Muda

Memilih program pengajian di universiti memanglah suatu keputusan yang besar. Adalah dinasihatkan agar calon-calon membaca prospektus universiti dan mendapatkan maklumat melalui laman web kami sebelum membuat keputusan. Permohonan ke program Diploma atau Sarjana Muda boleh dibuat melalui Unit Pusat Universiti (UPU) atau secara dalam talian melalui Jabatan Pentadbiran Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi.
Maklumat mengenai program yang ditawarkan di UiTM boleh dilihat di laman web rasmi Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa.

Syarat Kemasukan

Program Diploma - Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit bagi Bahasa Melayu, Matematik dan tiga (3) subjek lain. Calon mestilah sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu.

Program Ijazah Sarjana Muda - Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 3 subjek atau mempunyai Diploma dalam bidang berkaitan dengan mendapat HPNG 2.0 atau lulus matrikulasi.
    Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan & kemasukan ke UiTM, sila hubungi:
    Bahagian Pengambilan Pelajar
    Bangunan Pusat Antarabangsa UiTM (UIC)
    40450 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
    Malaysia
    Telefon: 03-55443164/65/66/74/75
    Faks: 03-55443170
    Laman web rasmi: http://pengambilan.uitm.edu.my/

    Pengajian secara Sambilan/Luar Kampus & Jarak Jauh

    UiTM juga menawarkan kaedah pengajian secara sambilan/luar kampus (PLK) dan pengajian jarak jauh (e-PJJ) bagi kursus tertentu. Calon - calon yang berminat bolehlah berhubung terus dengan fakulti berkenaan untuk mendapat maklumat lanjut.

    Pautan Pantas bagi program peringkat Diploma/Sarjana Muda

    Pasca Siswazah

    Permohonan bagi mengikuti program Sarjana atau Kedoktoran boleh dibuat secara terus ke UiTM. Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan, syarat kemasukan dan maklumat kemasukan boleh diperolehi daripada laman webInstitut Pengajian Siswazah.


    for more information

    No comments:

    Post a Comment