Monday, March 14, 2011

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI USM SIDANG AKADEMIK 2011/2012


PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA,
SIDANG AKADEMIK 2011/2012

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (USM Apex) bagi Sidang Akademik 2011/2012.

Permohonan terbuka kepada :
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi UiTM/PASUM tahun 2010.
2. Lepasan STPM tahun 2010.
3. Lepasan Diploma/setaraf.

Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui pohon@usmdengan mendaftar dahulu dan Nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon wajib menyimpan Nombor Rujukan masing-masing untuk rujukan. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak Nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
USM menawarkan sebanyak 67 program pengajian (tidak termasuk program Pendidikan) di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima sehingga lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi UiTM/PASUM dan STPM, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. 


Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) yang akan diadakan di :
1. Pusat-pusat Matrikulasi bagi calon Lepasan Matrikulasi. Pusat Ujian     MUnSyI bagi calon Asasi UiTM dan PASUM akan dimaklumkan     kemudian.
2. Pusat-pusat ujian yang disediakan oleh calon lepasan STPM dan     Diploma/setaraf. (Calon perlu memilih pusat ujian yang berdekatan)
Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah * 23-29 April 2011. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada awal April 2011 di pohon@usm.


Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi UiTM/PASUM :
Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melaluipohon@usm boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 18-24 Mei 2011 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).
Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian. USM akan mengumumkan tarikh kepada calon-calon untuk membuat pindaan dan pengubahsuaian program pengajian yang telah dipilih.
Calon-calon yang tidak membuat permohonan semasa diiklankan
(Fasa I) tidak layak membuat permohonan.
Bagi program-program pendidikan di USM, calon-calon perlu memohon melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP),Kementerian Pengajian Tinggi dihttp://upu.mohe.gov.my.


good luck from: http://jms-colleges.blogspot.com/
more info at: http://jauhari-englishhomework.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment